Friday, June 11, 2010

Ciri2 Lelaki Idaman Wanita


  • Lelaki tulin.
  • Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

  • Lelaki yang berharga.
  • Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

  • Lelaki yang teguh jiwa.
  • Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

  • Lelaki yang sederhana.
  • Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

  • Lelaki yang cantik.
  • Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

  • Lelaki yang punya pendirian.
  • Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

  • Lelaki yang kemas bersih.
  • Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

  • Lelaki yang cerdik.
  • Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

  • Lelaki yang cekap.
  • Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

  • Lelaki yang bijak.
  • Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

  • Lelaki yang tabah.
  • Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

  • Lelaki yang berwawasan.
  • Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

  • Lelaki yang baik.
  • Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

  • Lelaki yang sopan.
  • Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

  • Lelaki yang mengasihi.
  • Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

  • Lelaki yang ceria.
  • Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.


    No comments:

    Post a Comment