Friday, June 11, 2010

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI


Sikap LELAKI memang sukar dinilai. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Kepada wanita2,anda perlulah menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai oleh lelaki, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, manalah tahu persahabatan anda yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadilah pendengar yang setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia walaupun tidak suka .

2. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.DAH MACAM HANTU KOT...

3. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

4. Hormatinya
Menghormati dirinya walaupun anda lebih tua, hormati keluarga dan teman-temannya yang rapat dengannya.

5. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Kalau sekali sekala nk manja- manja xde hal la.

6. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

7. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

8. Jangan ganas sangat
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

9. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

10.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

11. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

12. Sensitif
Ketahuilah bahawa lelaki adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.:)

13. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

14. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu! Tp make-up jgn tebal erh....IGT TUH!!!

15. Kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

16. Sering bertanya khabar (keep in touch)
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

17. Jujur dalam tingkah laku (tp jgn lurus bendul plak)
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

18. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

19. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

20. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

21. Tunjuk matang dalam pemikiran
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

22. Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

P/s: Ape-ape pown cinta yang tulus, suci, bersih dan ikhlas datangnya daripada Allah SWT yg maha memberi..Tetapi kita tidak boleh menunggu cinta itu datang sendiri..kita perlulah sentiasa berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya...Kepada gurl2 yg single lagi tuh cube la try tips2 ni..mne la taw kot2 dpt lelaki mcm Brad Pit ker..:)
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

SEMOGA DAPAT APA YANG KORANG SUMER NAK....BYEEE...


ASSALAMUALAIKUM WBT...


No comments:

Post a Comment